Ahad [14 Jun 2009] - Persatuan Ibu bapa dan Guru SR. Penapar Tutong mengungkayahkan Kempen Menanam Bunga dan Menyiangi Kawasan Sekolah. Antara lain tujuan kempen ini adalah sebagai aktiviti PIBG SR Penapar bagi Tahun 2009, mewujudkan keceriaan kawasan sekolah dan mengeratkan silaturahim antara ibu bapa/penduduk kampung dengan warga sekolah.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada PIBG, Ibu bapa/Penjaga murid, MPK Kg. Penapar dan Sukarelawan yang sudi menyumbangkan tenaga dan makanan pada hari tersebut. Semoga perhubungan dua hala ini akan terus terjalin dari masa ke semasa "Bersatu teguh bercerai roboh"